Ketika seseorang
bekerja; baik di kilang, di ladang, di pejabat, di rumah atau di
gereja: Seringkali merasa bersungut-sungut, lakukan kerja dengan cara
ala kadar (asal siap / asal jadi) dan tidak melakukan pekerjaan atau
tugas itu dengan sungguh-sungguh, sehingga tidak dapat menghasilkan
yang 'Excellent'. Kenapa hal ini terjadi?
Excellent itu bererti "Memberi / melakukan sesuatu lebih dari yang diharapkan". Excellent itu lebih dari sekadar baik.
Kolose 3:23 mengatakan : "Apapun juga yang kamu perbuat, perbuatlah dengan segenap hatimu untuk Tuhan dan bukan untuk manusia"
Dari
ayat ini ada 3 kebenaran penting tentang bagaimana kita dapat
menghasilkan yang 'Excellent' dari apa yang kita lakukan atau kerjakan.
Firman
Tuhan mengatakan, "Apapun yang kamu perbuat...". Tidak dibatasi dengan
hal-hal yang menyenangkan, yang mudah dikerjakan atau yang berkaitan
tentang pelayanan sahaja, tetapi "APAPUN" iaitu segala sesuatu yang
kita lakukan. Ketika Anda menulis tesis, menyiapkan 'assignment',
mengerjakan kerja-kerja di pejabat, mempersiapkan lagu-lagu yang akan
dinyanyikan dalam pertemuan ibadah, mengurus anak, membasuh pinggan
mangkuk atau membersihkan gereja, semuanya itu dihargai oleh Tuhan dan
Dia rindu anak-anak-Nya melakukannya dengan 'Excellent'.
Tuhan
telah mempercayakan kami suami isteri dengan seorang anak yang 'cute'.
Kami beri nama Chrischel Ernfui. Dalam beberapa waktu ini, Tuhan
memberi saya kesempatan untuk menjaga anak kami kerana kami belum ada
pembantu dan isteri bekerja dengan kerajaan. Pada mulanya saya
berfikir, alangkah baiknya jika kami ada pembantu; saya akan lebih
bebas melakukan apa saja aktiviti yang saya fikir dan rencanakan.
Tetapi Tuhan menegur saya. Dia katakan, "Ini adalah kesempatan terbaik
untuk kamu memberi dan melakukan yang terbaik untuk anak kamu yang baru
berusia 3 bulan, kerana kamu tidak akan ada kesempatan seperti ini lagi
ketika dia sudah berusia 30 tahun." Saya diingatkan Tuhan tentang ayat
ini, "Apapun yang kamu perbuat...".
Bererti,
Tuhan menghargai bukan sahaja pelayanan berkutbah, mengajar,
membimbing, menasihati atau memimpin jemaah yang saya lakukan, tetapi
mengurus keluarga juga Tuhan sangat hargai. Ingat: Tuhan menghargai
'Apapun' yang Anda kerjakan dan lakukan.
2. TUHAN MAHU KITA MEMILIKI SIKAP "SEGENAP HATI"
Masalah
utama, kenapa ramai orang yang tidak dapat melakukan sesuatu dengan
'Excellent' ialah kerana apa yang dilakukan itu dilakukan bukan dengan
sikap "Segenap hati". Segenap hati itu belum tentu dalam hal
kepakaran(kemahiran) atau yang kita suka, tahu dan selalu lakukan.
Segenap hati itu berkenaan dengan sikap. Wayne Cordiero menuliskan
dalam bukunya, "Sikap Yang Menentukan Keberhasilan". Benar! Sikap
sangat menentukan keberhasilan. Firman Tuhan juga mengatakan,
"...perbuatlah dengan segenap hatimu...". Bererti sikaplah yang menentukan apakah kita mengerjakan sesuatu dengan 'Excellent'.
Tentu
Anda ingat cerita klasik tentang perlumbaan di antara arnab dan
kura-kura yang akhirnya dimenangi oleh si kura-kura. Jika diteliti
dengan baik, dari segi kepantasan berlari, arnab lebih pantas dari
kura-kura. Tetapi, kenapa dalam cerita ini, kura-kura yang memenangi
perlombaan tersebut? Semuanya kerana "Sikap". Ketika arnab berfikir
kura-kura tidak mungkin dapat mengalahkan dia kerana kura-kura itu
berjalan sangat perlahan, sikap itu yang terlebih dahulu menewaskan si
arnab, bukan kerana kura-kura itu cepat berlari atau kerana arnab
tertidur (seperti dalam cerita dongeng kura-kura vs arnab).
Ketika
Anda bersikap, "Nantilah...baru saya kerjakan...tesis...kerja
rumah...persiapan kutbah...persiapan pelayanan...bersiap-siap ke
gereja...dan banyak lagi...", sikap itulah yang membuat semua yang Anda
lakukan menghasilkan yang tidak 'Excellent".
Tuhan
meminta Anda berubah dari sikap "Saya tidak boleh atau saya boleh"
kepada "Dengan segenap hati" walaupun Anda tidak mahir melakukannya
atau sudah selalu melakukannya. Jika Anda melakukan sesuatu dengan
segenap hati, pasti Anda tidak akan membuang atau menangguh masa untuk
mengerjakan apa yang patut Anda kerjakan. Jika Anda memiliki sikap
"segenap hati", Anda pasti mahu melakukan sesuatu dengan cara yang
terbaik, walaupun itu bukan bidang kepakaran atau Anda tidak biasa
melakukan pekerjaan itu. Mulailah dari SEKARANG! Praktikkan "Dengan
segenap hati".
3. SEGALA SESUATU ADALAH UNTUK TUHAN
Paulus
menuliskan dalam ayat ini, "...untuk Tuhan dan bukan untuk manusia".
Kita seringkali berfikir atau menuntut, apa yang kita akan dapatkan
jika kita lakukan sesuatu dengan 'Excellent"? Kenapa fikiran itu
muncul? Kerana, kita berfikir, apa yang kita lakukan, kita lakukan
untuk manusia.
Yesus
mengatakan dalam Matius 25:40 "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya
segala sesuatu yang kamu lakukan untuk salah seorang saudara-Ku yang
paling hina ini, kamu telah melakukannya untuk Aku." Sebelum ayat 40,
Yesus mengatakan "Ketika Aku lapar, kamu memberi Aku makan; ketika Aku
haus, kamu memberi Aku minum; ketika Aku seorang asing, kamu memberi
Aku tumpangan; ketika Aku telanjang, kamu memberi aku pakaian; ketika
Aku sakit, kamu melawat Aku; ketika Aku di dalam penjara, kamu
mengunjungi Aku" Matius 25:35-36.
Ketika Yesus ditanya, bila semua (Ay.35-36) itu terjadi kepada Dia (Lapar, haus, orang asing, telanjang, sakit & banduan) ? Yesus mengatakan bahawa Dia turut merasakan semua penderitaan yang dialami oleh setiap orang di dunia ini.
Jika
hari ini Anda melihat seseorang yang dalam keadaan lapar, haus,
terasing atau diasingkan, sakit, tidak ada pakaian atau dipenjarakan
kerana apa saja kesalahan, apakah 'respon' (tindak balas) Anda? Apakah
Anda akan katakan, "Uruslah dirimu sendiri...aku uruskan diriku
sendiri" atau "Itulah kamu...kalau kamu tidak mencuri, kamu tidak akan
dipenjarakan...kalau kamu bersekolah tinggi kamu tidak akan
melarat...kalau kamu tidak melanggani pelacur kamu tidak akan terkena
HIV/Aids..". Apakah itu respon Anda?
Yesus tidak pertanyakan kenapa mereka lapar, haus, telanjang, sakit atau dipenjarakan, hari ini Yesus bertanya apakah responmu?
Anda
pasti akan melakukan yang 'Excellent' jika segala sesuatu yang Anda
lakukan, semuanya tertuju kepada Tuhan dan bukan kepada manusia
semata-mata. Bila itu tertuju kepada Tuhan, Anda akan lakukan semua
yang terbaik dan sesuai dengan kebenaran firman Tuhan melalui hidup
Anda.
RENUNGKAN:
Selama
ini, mungkin Anda berfikir, "pekerjaan atau pemberian yang terbaik itu
hanya yang saya lakukan di gereja". Itu tidak tepat, kerana Tuhan
menghargai apapun (Tidak bertentengan dengan firman Tuhan) yang Anda
lakukan.
Anda
mungkin berkata, "Saya tidak dapat kerjakan... kerana saya tidak ada
kemahiran mengerjakannya..." atau Anda berfikir "Nanti saja... senang saja kerjakan bah itu...",
sehingga menghasilkan sikap bukan dengan "segenap hati". Hari ini,
Tuhan mahu Anda lakukan segala sesuatu dengan sikap "Segenap hati".
Jangan
menuntut, "apa yang saya akan dapat?", ketika Anda melakukan yang
terbaik untuk orang lain kerana semua yang Anda lakukan itu tertuju
kepada Yesus. Jika Anda ingin menyenangkan hati Tuhan, lakukan sesuatu
yang terbaik kepada yang "paling hina" iaitu orang-orang di sekeliling
Anda yang memerlukan bantuan.
"BERI DAN LAKUKAN YANG TERBAIK UNTUK TUHAN"
Tuhan memberkati.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Terima Kasih untuk Komentar Anda yang membangun, Semoga menjadi berkat bagi kita semua... Amin. GBU